Hari Terbuka Raya 2018
23 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniAidilfitri kali ini disambut meriah di Pusat Internet Kg. Batu Gajah. Program ini mendapat sambutan hangat dari pelbagai peringkat umur yang bertandang ke sini bagi memeriahkan lagi program Hari Terbuka Raya 2018.
Seterusnya, pelbagai aktiviti menarik dipertandingkan sempena program ini, antaranya ialah Pertandingan Puzzle Klik Dengan Bijak (KDB) khas untuk ahli Pusat Internet yang bersekolah rendah. Selain itu, pertandingan Mencipta Poster turut dipertandingkan yang bertemakan “Raya digital” khas untuk ahli Pusat Internet yang berumur 15-18 tahun. Sebagai penutup program, jamuan raya disediakan kepada semua komuniti setempat untuk menjamu selera dan program diserikan lagi dengan araca penyampaian hadiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: